Resepi air rebusan untuk menghilangkan sakit lutut.

Sebenarnya, air rebusan ini telah disyorkan oleh kawan saya ketika dia mengalami sakit lutut akibat terlanggar sesuatu ketika membersihkan rumahnya.

Dia kata air rebusan ini sangat mujarab sebab sakit di lututnya hilang selepas dia minum setiap hari selama 2 minggu.

Selepas tu, ibu saya pun pernah mencuba dan dapat merasakan perubahan dan sakit pada lututnya semakin kurang.

Disebabkan kedua-dua orang yang saya kenali telah mencuba dan merasa kesan positif selepas minum air rebusan ini, saya pun nak kongsikan pada anda semua resepi air rebusan ini.

Semoga ianya dapat mengurangkan atau menyembuhkan sakit di lutut anda nanti, InsyaAllah.

Air Rebusan Untuk Hilangkan Sakit Lutut

Cook Time15 mins
Course: Drinks
Keyword: sakit lutut
Servings: 4 gelas

Equipment

  • Periuk untuk membuat air rebusan

Ingredients

  • 2 biji epal hijau dipotong dadu
  • 4-5 batang serai diketuk
  • 1 batang kayu manis Ceylon dipatahkan
  • 5 gelas air

Instructions

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  • Bukakan api sederhana besar.
  • Rebuskan semua bahan sehingga paras air menjadi 4 gelas air.

Notes

  • Anda boleh minum air rebusan ini ketika masih suam sebanyak 2 kali sehari.
  • Boleh diminum setiap hari ataupun 2-3 kali seminggu.
  • Buah epal hasil rebusan tadi tidak perlu dikisar, boleh dikunyah begitu sahaja.
  • Sebelum diminum, ketepikan serai dan kayu manis yang direbus tadi.
  • Kulit buah epal tidak perlu dikupas tetapi perlu dibersihkan sebelum direbus.
  • Pesakit yang ada masalah darah rendah TIDAK BOLEH minum minuman rebusan air ini.
 
Sumber resepi: Habibah Badar Bajrai