Menurut Dr. Oz, punca utama terjadinya sakit belakang adalah disebabkan oleh penambahan berat badan yang berlebihan dan juga tabiat kesihatan yang buruk seperti merokok dan kurang bersenam.

Apabila berat semakin bertambah, tulang belakang akan terbeban dan lama-kelamaan sakit belakang akan menjadi semakin teruk.

Kurang bersenam dan merokok juga boleh meningkatkan lagi sakit di bahagian belakang badan.

Jika anda seorang perokok dan mengalami sakit belakang, cubalah sedaya upaya untuk berhenti merokok demi kesihatan anda.

Bagi anda yang lebih awal ingin mengelakkan diri daripada sakit belakang atau sakit sendi, anda boleh mengikuti senarai ini dan lakukan dari sekarang setiap hari.

Checklist Yang Perlu Dilakukan Setiap Hari Untuk Mencegah Sakit Belakang

  • Tidur 7-8 jam sehari setiap malam

Ini akan memberi peluang kepada badan anda berehat dan memperbaiki tubuh anda dengan sendirinya.

  • Buat senaman regangan setiap pagi

Cuba sentuh jari kaki anda dalam posisi berdiri atau duduk bersandar ke dinding dalam keadaan 90darjah(tanpa kerusi). Ini akan membantu melongarkan otot yang tegang dan boleh mengelakkan sakit belakang.

  • Perhatikan berat badan anda

Apabila berat anda bertambah, tekanan di bahagian belakang badan juga akan bertambah. Setiap kali nak makan, fikirkan dulu kuantiti makanan yang hendak dimakan supaya berat badan tidak bertambah secara drastik.

Checklist ni nampak macam perkara asas yang setiap daripada kita biasa lakukan tapi di zaman millennial ini, kita lebih banyak membuang masa di gadjet dan perkara asas ini semakin dilupakan.

Jadi, sebelum anda nak mula mengikuti checklist ini, pastikan anda tutup hp atau apa sahaja gadjet supaya anda dapat fokus melakukannya setiap hari.