Ramai yang mengetahui salah satu cara untuk menghilangkan atau mengurangkan sakit lutut adalah dengan cara mengurangkan berat badan ataupun berdiet.

Sejak kebelakangan ini, keto diet adalah sejenis diet yang amat popular dan banyak diperkatakan.

Keto diet adalah diet yang dilakukan dengan cara mengikuti pola makanan yang mempunyai kurang karbohidrat tetapi tinggi lemak.

Keto diet ini sangat popular sebab berjaya mengurangkan berat badan ramai orang tanpa perlu memakan ubat-ubatan untuk menguruskan badan.

Tetapi keto diet ini perlu dilakukan dengan nasihat doktor sebab tidak semua orang sesuai melakukan diet ini dan jika tersilap langkah, ia boleh memudaratkan kesihatan.

Jika anda melakukan keto diet ini, anda perlu mengenepikan pelbagai jenis bijiran, kekacang, sayur-sayuran dan makanan berkhasiat yang lain dan ini boleh membuatkan badan anda kurang nutrien dan vitamin yang amat diperlukan untuk tubuh.

“Ini bukan pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai keradangan(sakit sendi), kerana ia benar-benar menentang sains yang kita sedia maklum boleh menghalang keradangan dalam badan.”

Lona Sandon, Ph.D.

Kenapa Keto Diet Tidak Sesuai Untuk Pesakit Sendi?

Pengamal keto diet biasanya akan makan daging merah

Menambahkan berat badan adalah perkara yang perlu dielakkan oleh sesiapa sahaja yang mengalami sakit sendi terutamanya sakit di bahagian lutut.

Tetapi keto diet memerlukan kita mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan lemak ini biasanya tidak akan mengurangkan keradangan yang dialami oleh pesakit terutamanya sakit sendi.

Apabila kandungan lemak semakin tinggi didalam badan, keradangan juga akan tinggi dan sakit yang dialami akan bertambah buruk.

Selain itu, keto diet juga telah mengenepikan sumber makanan yang diperlukan di piramid makanan. Pesakit sendi atau pesakit yang mengalami sakit lutut amat memerlukan nutrien dan vitamin antioksidan(yang dijumpai didalam buah dan sayur).

Kemungkinan sakit lutut anda boleh menjadi semakin teruk jika anda mengamalkan keto diet ini.

Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Sendi atau Keradangan

Ramai pakar diet mengesyorkan pesakit sendi atau sakit lutut untuk mengamalkan Maditerranean Diet yang memfokuskan pemakanan yang mengandungi sayur-sayuran dan lemak yang baik untuk kesihatan seperti minyak zaitun dan omega-3 yang boleh didapati dari ikan.

Selain itu, Maditerranean Diet adalah diet yang telah dibuat kajian beberapa kali secara saintifik oleh pakar pemakanan yang berpengalaman.

Satu kajian yang dibuat pada tahun 2017 didalam jornal ‘Frontiers In Nutritions’ merumuskan hidangan yang ideal untuk pesakit arthritis rheumatoid adalah :

  • sayur-sayuran mentah atau sayur-sayuran dan kekacang yang direbus seketika
  • rempah ratus seperti kunyit dan halia
  • buah-buahan bermusim
  • yogurt probiotik – sumber antioksidan semulajadi yang baik dan memberi kesan anti-radang.
  • mengelakkan makanan yang diproses, makanan dengan tahap natrium yang tinggi, minyak, mentega, gula, dan produk haiwan.

Kajian ini tidak mengatakan diet ini mujarab sebab setiap orang akan mendapat kesan yang berlainan dan ianya bergantung kepada setiap individu tersebut.

Pakar pemakanan mencadangkan orang-orang yang mengalami kesakitan sendi yang berkaitrapat dengan Arthritis atau sakit lutut harus lebih peka terhadap makanan atau diet yang sesuai untuk diri masing-masing.

Kesimpulannya, jangan sesekali tidak makan sayur-sayuran(terutamanya yang mentah seperti ulam) dan juga buah-buahan dan kuatkanlah semangat untuk menurunkan berat badan demi mendapat kesihatan yang baik pada jangkamasa yang panjang.

Semoga bermanfaat dan jika anda ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook Formula Kurus.