Berkebun adalah satu hobi yang menyeronokkan sebab ianya baik untuk kesihatan dan membuatkan persekitaran rumah anda nampak sejuk.

Tetapi kadang-kala berkebun membuatkan pinggang dan lutut kita berasa lenguh dan sakit sebab bila kita terlalu asyik berkebun, kita tidak sedar kita berada di posisi yang sama dalam jangkamasa yang lama.

Sebenarnya, sakit lutut dan pinggang semasa berkebun ini boleh dielakkan.

Cuba lakukan 7 strategi ini untuk mengurangkan kesakitan ketika berkebun nanti:

1. Lakukan Senaman Regangan Sebelum Mula Berkebun

Sebenarnya, aktiviti berkebun ni sama seperti kita bersukan. Sebelum bersukan, biasanya kita perlu melakukan senaman regangan supaya tidak berlakunya kecederaan. Jadi, sebelum anda mula berkebun, lakukanlah senaman regangan yang ringkas atau yang anda sukai seperti plank selama 1 minit, squad sebanyak 8 kali ataupun yoga.

2. Ambil Sedikit Waktu Untuk Berehat

Apabila kita telah menetapkan sesuatu tugasan yang kita ingin lakukan, kadang-kala kita melakukannya tanpa henti selagi tugasan tersebut belum dibereskan. Tetapi apabila anda duduk mencangkung selama 3 jam untuk menanam pokok, lutut dan pinggang pasti berasa sakit walaupun badan anda tegap dan kuat. Pastikan anda berehat setiap 30 minit dengan melakukan senaman regangan yang ringkas, berjalan atau duduk berehat seketika untuk minum air.

3. Alaskan Dengan Padded Garden Seat

Apabila berkebun, posisi yang selalunya kita lakukan adalah melutut. Jangan lupa untuk meletakkan padding atau meletakkan kusyen yang lembut setiap kali anda mahu melutut untuk mengelakkan lutut anda berasa sakit .

4. Pilih Peralatan Berkebun Yang Tepat

Apabila berkebun, terdapat banyak pergerakan yang perlu dilakukan beberapa kali dan ini boleh menyebabkan anda akan berasa lenguh di beberapa bahagian badan. Lebih-lebih lagi jika posisi tersebut anda jarang lakukan. Jadi, pilihlah peralatan berkebun yang boleh membuatkan anda melakukan posisi yang neutral mengikut keselesaan dan saiz yang sesuai untuk anda.

5. Lihat Postur Badan

Apabila rasa terlalu seronok berkebun, anda mungkin tidak sedar berapa kali badan anda telah berpusing dan lutut anda digerakkan. Jika anda boleh fokus pada postur badan, kecederaan dapat dikurangkan. Pastikan bahu dan tulang anda menegak atau berada dalam postur yang betul.

6. Angkat Barang Yang Berat Dengan Cara Yang Betul

Memang agak mudah untuk mendapat sakit pinggang dan lutut jika mengangkat barang yang berat. Apatah lagi jika mengangkat barang tersebut dengan cara yang salah! Jika anda ingin mengangkat pasu atau satu beg yang berisi tanah, pastikan anda mencangkung dahulu sebelum mengangkat barang-barang tersebut.

7. Kuatkan Core

Merujuk pada artikel Zaki Khan, beliau mengatakan dalam anatomi, core atau teras merujuk kepada badan tanpa kaki dan tangan atau boleh didefinisikan sebagainya bahagian tengah badan. Kebanyakan pergerakan bergantung kepada otot teras. Jika otot teras kuat, maka kuatlah anda.

Berkebun memang nampak seolah-olah kita sedang bersenam tetapi kalau anda menguatkan core anda, kecederaan boleh dikurangkan ketika anda berkebun.

Anda boleh lakukan senaman plank dan crunches beberapa kali dalam seminggu jika anda ingin menguatkan otot core anda. Core yang kuat dapat membantu anda bergerak dalam postur yang baik dan berada dalam posisi badan yang neutral, tidak menyakitkan dalam jangkamasa yang panjang.

Kesimpulannya, berkebun adalah satu hobi yang menyihatkan tetapi jika anda ingin mengelakkan kecederaan dan memelihara badan supaya sihat, ikutilah tips dan strategi yang diberikan diatas.

Selamat berkebun!