Gout merupakan penyakit yang berkaitrapat dengan asid urik yang berlebihan. Apabila asid urik yang berlebihan tidak dibuang melalui sistem perkumuhan, asid urik akan berkumpul dalam sendi. Jadi, lama-kelamaan ianya akan menjadi mendapan pada sendi.

Ianya biasa berlaku pada ibu jari kaki dan juga sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari. Paling banyak berlaku pada ibu jari kaki dan lutut. Menurut Dr Norman Mohd Norawi, punca utama penambahan asid urik didalam badan sehingga menyebabkan gout adalah disebabkan oleh pengambilan gula.

Ini adalah 10 tanda-tanda gout:

1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba dan kerap terjadi semalaman.

3. Sendi yang diserang menjadi bisa dan sakit sehinggakan bergeser dengan selimut pun membuatkan anda berasa sangat menyeksakan.

4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau berbulan.

6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

7. Benjolan akan timbul di sendi dan cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.

8. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.

9. Penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku akibat kekurangan air didalam tubuh selepas makan secara berlebihan, minum air beralkohol, kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

10. Ketika tengah malam, pesakit akan berasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam. Ini boleh berlaku dalam jangkamasa seminggu dan akan berhenti secara sendirinya dari rasa sakit.